Tuesday 24 April 2012

WIWIT MY cat





Sarah suka membawa balik kucing yg di jumpai dimana-mana saja. Ada seekor kucing (seperti diatas) yang telah dibuang oleh tuannya kerana suka berak merata-rata. walau pun cantik tapi tuannya tidak ajar dari kecil supaya membuang di tempat yg sepatutnya. kesian la jugak walaupun sudah banyak kucing yg telah diselamatkan oleh kami sekeluarga. Terpaksa la jugak menerima seekor lagi. kami namakan nya Wiwit. Pelik nya dia, suka menempek dkt Sarah. Dengan org lain dia kurang mesra tapi kalau dgn Sarah mcm bff. Kelakar jugak kadang2 nampak dia tidur sehingga bertemu hidung. Kalau setakat celah ketiak sudah menjadi perkara biasa. Hairan jugak kenapa tuan nya sanggup membuang kucing yg telah dibela dari kecik kerana kesalahan yg sepatutnya boleh diubah. Rupanya cantik, bulu dia agak panjang. Bermata biru. Cuma oleh kerana selalu kena pukul dari kecik membuat dia agak takut dgn org. Bila terdengar kita brckp agak kuat dia akan melarikan diri. Kesian sungguh. Mengambil masa agak lama jugak utk membiasakan diri, sekarang dia sudah mula manjakan diri dgn ahli keluarga yg lain. Sebelum sempat kembiri dia telah dahulu mengandung. Melahirkan  5 ekor anak. Sayang tak ada seekor pun yg mengikut rupa Wiwit. Entah  bapa mana-mana yg dia jumpa. Sekarang tinggal 2 ekor saja yg masih hidup. Wiwit jugak agak garang dgn anak2 nya. Sekarang anak2 dia lebih mesra dgn Mok ibu kucing yg jugak datang menumpang. Mok jugak mempunyai 2 anak sendiri. Tapi lebih besifat penyayang. Sekarang dia yg menjaga anak2 tu sehingga sekarang.
Tapi ini bukan kali pertama atau terakhir. Mungkin akan datang lagi kucing2 yg akan di kutip dan di bawa balik lagi di  masa2 hadapan. Sekarang sudah ada 10 ekor kucing di rumah. Semua pun datang kerumah atau dia bawa balik oleh Sarah. Agak susah menjaga kucing yg banyak kerana kawasan rumah teres bukan la sesuai sangat utk memlihara 10 ekor kucing. Tapi kami sekeluarga cuba memberi penjagaan  yg terbaik utk anak-anak bulus yg kami sayang bagai anak sendiri.

2 comments: